Monday 31 October 2011

Aku akan terus mencintaimu...


SELURUH BUMI INI ADALAH TEMPAT UNTUK KITA BERSOLAT

Daripada Jabir r.a. , Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci".

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

BILA MAUT MENJEMPUTMU...


TANDA-TANDA KEMATIAN


1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan

mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun

datang kepada orang dengan nama tersebut lalu

mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan

merasa atau nampak kehadiran malaikat maut

tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang

rungsing. 4. 7 hari : Mengidam makanan.

5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di

antara waktu subuh dan ashar. 9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat

hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang

badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda

yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam

and jangan lagi bercakap-cakap. ******Bila Malaikat Mencabut Nyawa****** Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka

akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam

lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian

mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak

kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk

menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan

kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu

kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik

rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan

kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan

menarik roh dari dadanya hingga sampai ke

kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak

orang itu.” Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,

maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan

sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang

yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di

syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang

berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat

rindunya pada syurga dan melihat terus

pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka

Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat

kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang

itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini

adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat

neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T.

menghendaki seorang mukmin itu dicabut

nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila

malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin

itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut

orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini

melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa

menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,

maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan

menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang

mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang

bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah

S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh

orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah

sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,

keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan

keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu

untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,

tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini

mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini

menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat

maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat

maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki

ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan

solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang

mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba

pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut

menghampiri telinga maka telinga pun

berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini

kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al- Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang

mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak

menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada

jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa

melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata

ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”Setelah gagal maka malaikat maut kembali

kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :

“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak

tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang

beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah

S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang

itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah

S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut

dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh

pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu

Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat : 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga

Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga

Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung

di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai

hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada

di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka

Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga

sampai hari Kiamat.” Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok

manusia yang akan dijabat tangannya oleh para

malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya: 1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam

dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

Sunday 16 October 2011

ya sudahlah

my new fav song everrr...
huhuhu...

B:
Ketika mimpimu yang begitu indah,
tak pernah terwujud..ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
dan tak pernah sampai..ya sudahlah (hhmm)

*reff:
Apapun yang terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything’s gonna be OKAY

Santoz:
yo..Satu dari sekian kemungkinan
kau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa, cita,cinta dan harapan

Lezz:
Kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu,jalan selalu ada

titz:
juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu..ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

B:
Saat kau berharap keramahan cinta,
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com 
tak pernah kau dapat..ya sudahlah
yeeah..dengar ku bernyanyi..lalalalalala
heyyeye yaya dedudedadedudedudidam..semua ini belum berahir

back to *reff

F2B:
satukan langkah..langkah yang beriring!
genggam hati, rangkul emosi!

B:
Genggamlah hatiku, satukan langkah kita

F2B:
Sama rasa, tanpa pamrih
ini cinta..across da sea

B:
peluklah diriku..terbanglah bersamaku, melayang jauh.. (come fly with me, baby)

F2B:
Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yang menerima kelemahan hati
yea..aku cinta kau..(ini cinta kita)
cukup satu waktu yes.(untuk satu cinta)

satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
rebahkan rasamu..untuk yang ditunggu
Bahagia..Hingga ujung waktu.

Monday 10 October 2011

detik kesuburan.. vs.. TRIBESTAN

assalamualaikum..


Actively trying?

You and your husband have decided to start trying for a baby. It can be a challenging journey for some, and a smooth ride for others.
hm... pelik kan ngan tajuk di atas... okay lah... sebenarnye.. topik yang aku nak citer nie adalah berkaitan dengan kelewatan aku dapat zuriat... (5yrs)
maybe sebab aku baru alik keje... n kat tempat keje tadi, kami asyik la berstory ngan dis one doctor... nama nye si 'polan'... hahaha... dia ni pregger... 2nd child... dia bagitau la.. yang dia x pernah lansung amalkan adat berpantang... 1st day dia bersalin... hubby dia dah bagi makan fast food... OMG!!... day 4th.. dah keluar rumah... g shopping... lansung xde urut2..pilis2..param2... semua dia tibai... tu la... aku tanye gak kat dia... badan dia x sakit ke... dia kata, okay je... 
hmm... aku mase pas bersalin ari tu... huh... day one kat umah... dah sengal2 je badan... ye lah... sepenuh tenaga aku meneran nak keluarkan anak aku ni...(3.2kg).. 8jam dlm labour room..
so... memang adat la bila badan tu sakit2... nak angkat tangan pun rase berat je... day two, baru la aku berurut... bidan tu datang umah... aku urut pun 3 hari jek.. hehehe... aku pun di kira minah degil bila bab2 pantang nie... pakai bengkung ( aku guna set Amway ) pun cuma dalam 2 weeks gitu lahh... tapi bila dah baca ape yang tertulis di bawah ni... menyesal juga x berbengkung dengan betul...huhuhu...


Pantang larang: bengkung

Tidak boleh dinafikan betapa pahit-manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu, amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita Melayu. Sebabnya? Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.

Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama. 

Dimanakah mendapatkan bengkung? 

Pada suatu masa dahulu, kain bengkung dijahit oleh seorang ibu bagi anaknya yang hamil. Kini, anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu.

Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung:
  • 1. Bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak.
  • 2. Bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas.
  • 3. Bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada badan.

Pemakaian sempurna 

Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai secara ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang ada wanita yang memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari).

Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara.

Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.
  • Lapitlah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
  • Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
  • Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.

Faedah berbengkung 

"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh menghempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar."

Ia juga dipercayai bahawa berbengkung juga boleh membantu:
  • mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
  • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
  • mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
  • menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
  • memecahkan lemak dan selulit;
  • mencegah dari makan berlebihan.
Sepatutnya, tidak hanya amalan berbengkung yang harus diikuti. Amala-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan pantang larang. Dikatakan pantang yang diikuti dengan taat dan sempurna boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka. 

oo00oohhh... banyak nye lah amalan berpantang nie....
maybe kalau ade chance untuk 2nd child...I'Allah... i will try da best...hukhuk...

Sunday 9 October 2011

home made lunch

salam guys... wellll... 12.45noon o'ready ya..
dah siap masak dah pun... tinggal nak jemur baju.. tunggu lagi 10 minit je..
today nye lunch very simple... hub teringin nak makan ayam black paper wif potatoes n capcicum... 
hmm... masak je lah.. cincai2... potong2... fried... masukkan perencah black paper... senang... sayur lak masak sawi wif tomatoes n sprouts... hahaha... asyik2 makan taugeh je... maklumlah... i am trying to conceive again... ooppssiee... macam rapat ek... baby qiqi pun baru nak masuk 6m.o.... xpe lah... aku kan susah nak conceive... so.. xyah nak rancang2 n makan contraceptive pills bagaii...  jalan terus... >.<
family aku memang addictive sket ngan benda nihh... sebab setau aku,  black paper  nie bagus sebagai antidote untuk garam... so bagi balance lah... garam retain water, black paper diuretik nye... maybe... >.<

we just love the taste... especially da green one.... yumm...

so... awaiting my mom from melaka... maybe alik malam kot... maybe at 2 pm nti, nak g merayap... hari pun x bape panas... nice la klu nak bawa qiqi jenjalan...
okay... nak settlekan baju dulu... ampaian pun dah penuh ngn baju semalam x bape kering g...uhukkss..
well... gtg folks...
>.<

aishiteru


menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat kuharus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus
Menunggu sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana



Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus
Bertahan saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Reff:
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a... a... aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com 
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai... ai... Aishiteru

Brige:
Saat kusendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah jalani
Kenyataan hidup ini tanpa ghairah
Ou... o...
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tooku ni itemo
Kino omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo, shinjiteru yo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a... a... ku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai... ai... Aishiteru..
skip class n tgk 'hantu kak limah alik umah... haha... (wif puan okay...)

makan2 @ little wok wif  best buddies >.<

peri-anaesthesia course 2/2010
zainal, moon, aku n ecah
l0ve u alls...
nasi goreng ayam tiram n nasi lemak motor clan
skemalitis clan
never 4get ya'lls...
oyiteS.... enuf la yek.... my hub dah smbg tidooo... my mom dah kene kidnapned ngan my aunt ke melaka... so, here iam... wif QiQi... playin' da lappy keypad... odo she's drooolllinnggg on ittt... hahaha... let her be...
boring weekend... nottin' to do lahh...
its okay... maybe wanna wake him up after dis... go wind0w2 @ bp mall... g0t sales there whattt...
deepavali is c0ming to t0wnnn.... ahakkkss..
bubbyeee...
>.<

gaji naik 2012

salam guys...
just wanna bllabbering pasal kenaikkan gaji tahunan start tahun depan... yeay...
asyik2 ngan story nie yer... hahhaa... almaklumlahhh... benda still panasss... nanti dah basi, kite story2 pasal hal lain pulak....
welll.... ini lah dia kenaikkan ikut gred tu...

gred 1-16 : RM80
gred 17-26 : RM120
gred 27-40 : RM160
gred 41-48 : RM220
gred 52-54 : RM260
jusa A, B, C : RM320

hmm... tu lah yang aku tau dari info kawan2 aku yang lain... okay lah tu... wat2 tambah beli susu n pampers anak... huhuhu...

kejap je dah kul 12am yekk.... tadi keje petang just wat 2 kes sahaja.... oncall anaest nye chen ju lan... al hamdulillah... wat pertama kali nye... x j0nah pulak minah julan kali nih... hahaha... 
sebab tu lah... ley stayback lewat sket ni... still ade energy lagi ekh...
lagi pun.... sok aku offdayyy... yiehahaa.... 
hm... plan macam nak ikut my mom g melaka...
we'll see...
well folks... dat's all 4 2ni8...
c ya next timmeee...
dAdA...
>.<

Saturday 8 October 2011

senarai belanjawan 2012

salam satu malaysia....
sambil menunggu baju siap di basuh dalam auto w'machineku....
jom2 kawan.... kita lihat ape yang telah di senaraikan oleh kerajaan dalam budget 2012 kali ini... aku just copy n paste je bagi memudahkan semua kawan2 faham.... kan lebih ringkas gitu.... huhu...

aku dah jadi better skang tau... transf0rm!!!...hahaha...

yeayyeaa... dapat bonus 1/2 bulan lagi n naik gaji lagi...(even ikut gred)... w00ott...w00oott...


1. Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional.

2. Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan.

3. RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

4. RM29.8 bilion disediakan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian, pertanian & pembangunan luar bandar.

5. RM13.6 bilion disediakan utk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan msykt.

6. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% drpdKDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

7. Tema Bajet 2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

8. Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 bln utk tahun 2012 & 2013.

9. Projek utama RP2 termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala T’ganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau.

10. Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.

11. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.

12. Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

13. Krjn peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.

14. Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.

15. Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn.

16. RM90juta akan diberi utk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat.

17. 600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

18. Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

19. Dalam skim baru mengikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.

20. Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.

21. Satu prgm khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.

22. Krjn kenang jasa polis khas &polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka.

23. Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.

24. Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”.

25. KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup.

26. Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.

27. Krjn akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.

28. Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.

29. RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.

30. Krjn akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.

31. Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan.

32. Hospital akan dinaiktaraf & dibina, krjn juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia.

33. KLGH, hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar.

34. Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

35. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.

36. RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.

37. Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

38. Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor utk bantu 4 juta penduduk yg masih tinggal di kws berisiko.

39. Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

40. Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.

wowwiee.... sound very promising kan kawan2.... hahaha... alhamdulillah dengan rezeki yang telah di berikan

tu.... bersyukur lah ye... even aku tau, ramai kawan2 aku @ KKM clan... x bape puas hati ngan kawan2 dari

KPM clan kan... chillax okay... next time turn kita pulak... i'allah....
yuuh0oo00oo... bulan december nie, dapat lagi bonus.... sudah cukup bagus... macam nak tukar f0n baru...

tapi kenang2 nak masuk umah baru... hmmm.. kene fikir2 dulu lol...... hem...hem.... >.<
okay2....dats all 4 2day lahh... petang mau kelija.... pm shift lol...
tAtA kawan2...