Harga barang telah pun naik sekarang ini mendahului pelaksanaan SBPA sekarang ini. Walaubagaimanapun, setelah berminggu-minggu kakitangan awam berhadapan dengan SBPA ini, akhirnya Kabinet memutuskan supaya SBPA ditangguhkan. Penangguhan SBPA (sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) adalah di antara alasannya ialah :
Ramai kalangan kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan skim SBPA ini
Tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja)
Peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi di mana terdapat dakwaan kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus
1.4 juta kakitangan tidak menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA
Terdapat dakwaan ada kakitangan awam yang dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji
Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.
Kronologi Terakhir Sebelum Keputusan SBPA Ditangguhkan.
Penangguhan SBPA yang diputuskan dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam, 11 Januari 2012 :
Pada 10 januari 2012 – Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari
Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.
Pada 18 Disember 2011, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu
Jabatan Perkhidmatan Awam membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember 2011 dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember 2011, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012 selepas pertemuan Cuepacs dengan Datuk Seri Najib Razak.
Antara kata putus disebalik keputusan SBPA ditangguhkan adalah seperti berikut :
kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat
kemungkinan besar, ekoran selepas SBPA ditangguhkan ini ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk perlaksanaan semula ataupun berkemungkinan besar selepas pilihan raya umum ke 13 nanti
UPDATE : Kenyataan Rasmi Daripada Cuepacs Mengenai SBPA Ditangguhkan Ini
Kemaskini pada pukul 3:14 petang 12 Januari 2012 :
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan melalui Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda sebentar tadi.
Pagi tadi, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai isu itu.
Setakat ini, belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan)
SBPA bukan dibatal, tetapi ditangguh bagi membolehkan kajian mendalam dijalankan. Apabila selesai nanti, ia boleh dilaksanakan dengan dibayar tunggakan kepada kakitangan awam yang mana merujuk kepada tarikh pelaksanaan SBPA yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2012
Walaubagaimanapun Cuepacs tidak tahu berapa lama lagi kajian ini akan dijalankan
Berapa Ramai Yang Dah Sain Borang Opsyen?
Hanya anda yang mampu menjawabnya.....;)
Rouses Weekly Ad August 11 - 18, 2021
-
*Rouses Weekly Ad* - View the full Rouses Ad 8/11/21 - 8/18/21 valid for
this week by this page. Also, get the Rouses Weekly Ad for next week to
save more....
3 years ago
0 comments:
Post a Comment